fbpx

[VIDEO] Panda Nuan Nuan akhirnya bertemu ‘Daddy Akmal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nuan Nuan menatap Akmal selepas namanya dipanggil (kanan).

PETALING JAYA – Anak pertama pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan yang dihantar pulang ke China pada 2017, akhirnya bertemu kembali dengan penjaganya, Akmal selepas tujuh tahun terpisah.

Pertemuan bermakna itu dikongsikan di laman Facebook @KedutaanChinadiMalaysia, yang menyatukan Akmal, bekas pengasuh Nuan Nuan di Malaysia, dengan Nuan Nuan di Tasik Ziqing, Zoo Hidupan Liar, China.

Menerusi video itu juga, Akmal dilihat membawa mainan panda yang selalu dipeluk Nuan Nuan ketika kecil malah cuba memanggil Nuan Nuan dari jarak jauh sebelum panda itu akhirnya bangun dan saling menatap bekas penjaganya itu dengan penuh kasih sayang.

Selain itu, Nuan Nuan juga dilihat kurang memberi rekasi apabila dipanggil namanya kerana haiwan itu mempunyai penglihatan jarak dekat dan hanya boleh mengenal seseorang melalui deria bau.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut teruja dengan pertemuan menyentuh hati diantara haiwan comel itu bersama penjaganya.

“Daddy Akmal akhirnya bertemu Nuan Nuan. Saling merindu lebih daripada 1300 hari, Nuan Nuan tidak menyangka yang ayahnya ada di hadapannya, mungkin dia fikir itu mimpi,” komen Gwee Siew Yoke.

“Penjaga itu mesti seorang lelaki yang penyayang,” ujar Chrissane Yap.

“Terharunya sejak sekian lama, akhirnya terubat rindu Daddy dekat puteri-puteri Malaysia (Nuan Nuan, Yi Yi, Sheng Yi),” kata Iris. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI