fbpx

Warga emas rugi RM25,000 disamun lelaki berparang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan kejadian dua suspek menyamun warga emas di Bandar Tun Razak, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu dua lelaki yang disyaki menyamun seorang wanita warga emas dalam kejadian di hadapan sebuah kediaman di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial memaparkan kejadian samun itu sekitar pukul 12.30 tengah hari.

“Hasil semakan mendapati kejadian samun berlaku pada pukul 9 pagi apabila dua lelaki bersenjatakan parang dan menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru hitam.

“Suspek dikatakan merentap dua utas rantai leher serta memotong dua utas gelang tangan mangsa dengan alat pemotong menyebabkan mangsa luka pada bahagian tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, sejurus memperoleh hasil samun, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.

Ujar Muhammad Idzam, akibat kejadian itu mangsa yang berusia 77 tahun mengalami kerugian RM25,000.

Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI