fbpx

Solat tanpa jarak masjid, surau di Kelantan bermula 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan pelaksanaan solat di masjid dan surau di seluruh negeri ini tanpa penjarakan fizikal selepas negara memasuki fasa endemik berkuatkuasa 1 April ini.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu melibatkan solat Jumaat, solat fardu, solat terawih sama ada lapan atau 20 rakaat dan qiamullail pada bulan Ramadan.

Menurutnya, pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Selain itu, semua aktiviti-aktiviti lain seperti majlis zikir, kelas al-Quran, kuliah khas atau umum termasuk program ihya ramadan turut dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

“Pihak masjid, surau dan musolla hanya dibenarkan menyediakan menu jamuan berbuka puasa, moreh dan sahur secara bungkus yang diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggong Kelantan, hanya jemaah yang tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan Covid-19 sahaja dibenarkan hadir manakala jemaah yang bergejala tidak dibenarkan.

Ujarnya, semua jemaah diwajibkan memakai pelitup muka, membawa sejadah masing-masing dan tidak dibenar bersalaman antara satu sama lain.

Tambahnya, prosedur operasi standard masjid, surau dan musolla itu adalah selaras dengan pandangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI