fbpx

Guru wanita rugi RM277,000 ditipu macau scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

RAUB – Seorang guru wanita berputih mata selepas wang simpanannya berjumlah RM277,000 lesap selepas diperdaya sindiket macau scam yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans, polis dan timbalan pendakwa raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula pada 18 Februari lalu apabila mangsa yang berumur 55 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu menyamar sebagai wakil sebuah syarikat insurans ketika berada di sebuah sekolah menengah di sini.

“Suspek mengatakan mangsa telah membuat tuntutan insurans di sebuah hospital sebanyak RM68,800 namun mangsa menafikan sebelum disambungkan pula ke balai polis Pudu dan bercakap dengan Sarjan Mejar Mohd. Sarif Samad yang mengatakan kes boleh diselesaikan dan mangsa disambungkan kepada Inspektor Azman.

“Inspektor Azman telah membuat semakan dan mendapati pengadu terlibat dengan pengubahan wang haram dan satu waran tangkap dikeluarkan sebelum panggilan mangsa disambungkan pula kepada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai Timbalan Pendakwa Raya Mastura,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir suspek yang menyamar sebagai Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan mangsa menukar kad pengeluaran wang automatik (ATM) dan menggunakan nombor telefon diberikan suspek serta menukar nombor pin kad ATM menggunakan nombor hadapan kad pengenalan mangsa.

Katanya, selepas mangsa mengikut arahan diberikan, pada 22 Februari lalu mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai Inspektor Yong yang meminta mangsa memasukkan kesemua wang simpanannya ke dalam satu akaun bank bagi mengesahkan wang simpanan mangsa bukan daripada sumber pengubahan wang haram.

“Mangsa memasukkan kesemua wang simpanan berjumlah RM277,128.13 ke dalam akaun berkenaan dan pada 23 Mac lalu semasa membuat semakan akaun, mangsa mendapati baki yang tinggal dalam akaun berkenaan hanyalah RM128.13.

“Mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak dijawab menyebabkan mangsa berasa ditipu membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI