fbpx

Baharudin bakal Ketua JSJ Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin (kiri) menyerahkan surat penghargaan kepada anggota polis pada majlis itu.

SHAH ALAM – Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor baharu bermula bulan depan.

Beliau yang kini Ketua Polis Daerah Shah Alam berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) Bukit Aman semalam.

“Ya, saya sudah menerima arahan rasmi pertukaran jawatan sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri.

“Insya-Allah saya akan melaporkan diri pada awal April depan dengan jawatan Pemangku Senior Asisten Komisioner (SAC),” katanya ketika ditemui selepas majlis Sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI