fbpx

EU lulus pelan pertahanan berskala besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EU lulusan pelan yang membolehkan penempatan tentera di negara-negara anggota dalam tempoh singkat sekiranya berlaku serangan. - GuruAlpha

BRUSSELS, BELGIUM – Penggubal undang-undang Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan satu rancangan berskala besar bagi memperkukuh dasar keselamatan dan pertahanan blok itu.

Menurut laporan agensi berita United Press International, ia termasuk mewujudkan keupayaan penempatan tentera dalam tempoh masa yang singkat dan pantas.

Menteri pertahanan dan luar bagi blok yang terdiri daripada 27 anggota itu meluluskan pelan yang digelar Kompas Strategik untuk menubuhkan pasukan mernagkumi 5,000 tentera yang boleh dikerahkan untuk memerangi pelbagai krisis ketenteraan yang mungkin dihadapi negara anggota.

Selain itu, ia juga akan memastikan 200 pakar misi Dasar Pertahanan dan Keselamatan Bersama yang serba lengkap boleh ditempatkan di persekitaran kompleks dalam masa 30 hari.

Pelan keselamatan itu menetapkan matlamat untuk dicapai dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Selain itu, pelan tersebut juga menggesa EU untuk meningkatkan kapasiti analisis perisikan, membangunkan pasukan untuk mengesan dan bertindak balas terhadap ancaman hibrid, mencipta kotak alat manipulasi dan gangguan maklumat asing, mengukuhkan tentera maritim serta meningkatkan perbelanjaan pertahanan.

Dalam masa sama, blok itu juga perlu mengukuhkan hubungan dengan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan serantau.

“Saya tidak mahu menyalahgunakan perkataan ‘bersejarah’ yang banyak digunakan di Brussels tetapi pelan ini akan menjadi titik perubahan bagi EU sebagai penyedia keselamatan dan langkah yang sangat penting untuk Dasar Keselamatan dan Pertahanan Bersama Eropah.

“Saya berpendapat bahawa penerimaan dokumen ini menghantar isyarat perpaduan yang kukuh dan ia hadir di saat yang sangat penting,” kata wakil tinggi EU untuk hal ehwal luar negeri dan keselamatan, Josep Borrell.

Dasar itu telah diluluskan selepas dua tahun dibincangkan. Keputusan itu dipercayai didorong oleh kebimbangan konflik ketenteraan di Eropah ketika Rusia meneruskan serangan ke atas Ukraine. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI