fbpx

Malaysia, EU terus berunding isu pensijilan minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan ketika ini terus berunding bersama Kesatuan Eropah (EU) agar Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diterima rantau tersebut sebagai proses dalam pengauditan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, usaha tersebut akan membolehkan pihak EU mengiktiraf MSPO serta membolehkan semua produk kelapa sawit Malaysia dieksport ke negara Eropah.

“Malaysia juga sedang berunding dengan EU membincangkan empat syarat baharu yang ditetapkan kesatuan itu bagi pengeksportan produk kelapa sawit Malaysia ke pasaran Eropah.

“EU sedang berbincang dengan kita berhubung EUDR itu membabitkan empat perkara yang menjadi syarat baru pengeksportan kelapa sawit, yang mana pertama mereka menetapkan syarat penanaman kelapa sawit tidak boleh membabitkan nyah hutan.

“Mana-mana tanah yang ditanam kelapa sawit selepas 2020 tidak boleh ditanam di kawasan yang menyahkan hutan, jika ada maka kita tidak boleh jual kelapa sawit kepada mereka (EU),” kata beliau di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Teresa Kok (PH-Seputeh) yang ingin tahu mengenai usaha terkini kerajaan bagi menangani isu boikot produk kelapa sawit oleh EU

Tambah Johari lagi, bagi syarat kedua pula, EU menetapkan syarat perlu ada sistem pengesanan dalam proses pengeluaran minyak kelapa sawit iaitu ladang mana, kilang mana dan kilang penapisan yang mana produk itu dikeluarkan.

“Manakala syarat ketiga adalah mengenai pengesahan hak milik tanah, bermakna tanaman kelapa sawit yang tiada sijil hak milik tanah tidak boleh masuk (eksport) mana-mana kilang dan dijual kepada EU dan akhir sekali, EU turut masukkan isu mengenai buruh,” kata beliau. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI