fbpx

Dua lelaki tempatan dicari JIM bantu kes pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boon Koon (kanan) dan Khong Hau dicari JIM untuk membantu kes pendakwaan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai bagi mengesan dua lelaki tempatan yang dikehendaki bagi satu kes pendakwaan di Mahkamah Sesyen Khas Pati Semenyih.

JIM menerusi kenyataan berkata, dua individu berkenaan dikehendaki bagi tujuan perbicaraan berhubung kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1959/63.

“Individu pertama dikenali sebagai Chuah Boon Koon, 32, yang beralamat terakhir di No. 12, PSN Merbuk, Taman Sri Nibong, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

“Individu kedua pula dikenali sebagai Low Khong Hau, 31, beralamat terakhir di No. 61, Jalan Cemperai 9, Taman Rasa Utama, Rasa, Selangor,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya menghubungi terus Pegawai Penyiasat Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Arif Azanor Tompang @ Abd Razak, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI