fbpx

Dewan Rakyat pinda keputusan usul Subseksyen 4(5) SOSMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Azhar Azizan Harun.

KUALA LUMPUR- Dewan Rakyat hari ini membuat pindaan terhadap keputusan undian belah bahagian bagi usul berkaitan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Perkara itu diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas pihaknya dimaklumkan bahawa terdapat kesalahan dalam proses pengiraan undi yang dijalankan semalam.

Katanya, pihaknya diberitahu bahawa Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh ditandakan sebagai tidak hadir ketika undian, namun wakil rakyat itu hadir dan membuat undian.

“Ahli Parlimen Jempol (Datuk Seri Salim Sharif) yang juga penghitung undi bagi blok D1 memaklumkan telah terkhilaf menandakan Ahli Parlimen Besut tidak hadir dalam senarai undi, walaupun sebenarnya beliau hadir semasa undian.

“Oleh itu, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 meminda keputusan belah bahagian bagi usul itu, daripada 84 undi bersetuju kepada 85 undi bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat tadi.

Tambahnya, jumlah Ahli Parlimen tidak hadir pula dipinda daripada 50 kepada 49 manakala jumlah undi tidak bersetuju tetap sama.

Bagaimanapun, pindaan itu tidak mengubah keputusan semalam memandangkan jumlah Ahli Parlimen yang tidak menyokong usul itu melebihi jumlah yang bersetuju.

Semalam, Dewan Rakyat gagal meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) SOSMA untuk tempoh lima tahun lagi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI