fbpx

Ten Hag dahului senarai sertai United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG sebelum ini dlaporkan menyertai kursus bahasa Inggeris selepas dikatakan bersedia untuk ke England menjadi pengurus baharu United. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Ajax Amsterdam, Erik Ten Hag dilaporkan menjadi pilihan utama untuk menjadi pengurus baharu Manchester United selepas semakan latar belakang dibuat secara menyeluruh.

Ten Hag disebut-sebut sebagai antara pilihan sejak United memecat Ole Gunnar Solskjaer pada November lalu, namun beliau dikatakan bersaing dengan Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino.

Selain kedua-dua mereka, United dikatakan turut membuat pertimbangan untuk me­lantik Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dan Pengurus ­Southampton, Ralph Hasenhuttl sebelum nama Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel menjadi calon terbaharu.

Menurut laporan, United telah mengumpulkan kesemua dokumen calon-calon pengurus baharu mereka itu dan selepas beberapa perkara dipertimbangkan, Ten Hag dilaporkan muncul pendahulu.

Sumber di Old Trafford mendedahkan bahawa United percaya, pengurus dari Belanda itu mampu untuk mengembalikan kegemilangan kelab tersebut dan perlu diberikan tempoh sehingga lima tahun.

Laporan juga menyebut, Tuchel mungkin terkeluar daripada potensi untuk jawatan ber­kenaan apabila United percaya pemilik baharu Chelsea akan terus mengekalkan khidmatnya di Stamford Bridge.

Kontrak Ten Hag bersama Ajax hanya akan berakhir pada 2023 dan United perlu membayar wang pampasan sekiranya mahu mendapatkan khidmatnya.

United bersedia untuk me­ng­umumkan pengurus baharu mereka lebih awal untuk memberi peluang individu berkenaan membuat persiapan dan mendapatkan pemain yang diinginkan sebelum bermulanya musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI