fbpx

Finas, UPSI jalin kerjasama anjur FFVPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Amin (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata sambutan 100 tahun kepada Md Nasir.

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal bekerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menganjurkan Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia (FFVPM) pada Ogos nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr. Md. Nasir Ibrahim berkata, kerjasama UPSI dan Finas dalam penganjuran FFVPM bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang kesenian selain membina jalinan kerjasama dan pertukaran pandangan sesama pelajar universiti awam dan industri.

“FFVPM adalah inisiatif bagi menggalak dan menghargai bakat kreatif dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta terutamanya mereka yang terbabit dalam bidang kandungan kreatif.

“Finas turut memperuntukkan kos RM100,000 untuk tujuan penganjuran FFVPM selain menawarkan dana Geran Penerbitan berjumlah RM100,000,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

FFVPM menyaksikan hadiah bagi beberapa kategori termasuklah Filem Pendek Terbaik, Filem Dokumentari Terbaik, Filem Animasi Terbaik, Filem Iklan Terbaik, Filem dan Video Eksprimen Terbaik serta Skrip Terbaik.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa kategori lain turt dipertandingkan termasuk Kostum Terbaik, Sinematografi Terbaik, Muzik Terbaik, Grafik Terbaik, Video Klip Terbaik, Pengarah Harapan, Penyunting Terbaik, Penataan Seni Terbaik, serta Penataan Bunyi Terbaik.

Peserta yang menang berpeluang menerima hadiah berupa trofi, wang tunai, Geran Dana Kandungan Digital, serta Sijil Penyertaan.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff turut menganggap kerjasama itu penting dalam melahirkan mahasiswa universiti yang versatil dan berketerampilan sebelum mereka melangkah keluar meninggalkan universiti.

“Industri kandungan kreatif hari ini dilihat mampu menjana pendapatan kepada graduan yang memanfaatkan bakat dan idea yang diperolehi mereka setiap hari.

“UPSI menyambut baik kerjasama yang ditawarkan oleh Finas dan mahasiswa UPSI yang kreatif perlu mengambil peluang menyertai FFVPM,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI