fbpx

Zambry santuni warga UPSI sempena jelajah Semarak Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry beramah mesra dengan warga UPSI sempena program jelajah Semarak Ramadan beliau ke universiti berkenaan, semalam.

TANJUNG MALIM – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyantuni lebih 700 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI) di Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City dekat sini, semalam.

Bahagian Komunikasi Korporat UPSI dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan program jelajah Semarak Ramadan ke Institusi Pendidikan Tinggi oleh Zambry sama ada melalui majlis berbuka puasa, solat terawih, moreh atau sahur.

“Zamry yang meluangkan masa lebih dua jam bertemu warga UPSI turut menyerahkan juadah moreh kepada pelajar dan jemaah yang hadir.

“Beliau turut mengambil peluang bertemu dan beramah mesra dengan jemaah yang hadir termasuk empat pelajar mobiliti antarabangsa dari Uzbekistan dan Hungary serta barisan pelari pecut negara yang kini sedang berkampung menjalani latihan di Kampus Sultan Azlan Shah,” kata kenyataan itu, hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden Geely Talent Development Group (GTDG), Prof. Dr. Lu Dan merangkap Presiden University of Sanya dan Timbalan Presiden Geely Talent Development Group, Prof. Dr. Zoe Che yang juga merupakan Presiden Xinwei Edutech.

Hadir sama Pro Canselor, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Rohani Parkash Abdullah; Pengarah Bahagian Hubungan Industri (BHI) KPT, Datuk Dr. Mohd Shahril Abdullah; Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar (PBHEP) KPT, Hirman Awang@Semai serta Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI Holding, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Turut berlangsung penyampaian sumbangan oleh Pusat Wakaf Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) kepada Kolej Aminuddin Baki UPSI, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pusat Islam.

Selain itu, Zambry menyaksikan penyampaian Bantuan Duit Raya Tabung UPSI Prihatin (TUP) oleh Unit Kebajikan Bahagian Sumber Manusia UPSI kepada warga UPSI yang kurang bernasib baik.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff dalam kenyataan sama berkata, majlis tersebut memberi kesempatan kepada warga UPSI mengukuhkan silaturahim selain bertemu kepimpinan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI