fbpx

UPSI manfaat tenaga solar untuk jimat elektrik,

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEWAN terbuka solar pertama universiti awam (UA) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim yang bakal siap tidak lama lagi. - GAMBAR IHSAN UPSI

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memanfaatkan tenaga solar dengan membina panel solar photovoltaic (PV) di beberapa kawasan strategik di Kampus Sultan Azlan Shah bagi mengurangkan kos bil elektrik yang melebihi RM12 juta setahun.

Selain itu, inisiatif itu bagi memperkasa penarafan UPSI dalam UI Green Metric World University Ranking perihal inisiatif hijau serta menjana pendapatan sampingan universiti itu.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, universiti itu telah memulakan inisiatif melaksanakan pemasangan sistem solar di Kampus Sultan Azlan Shah untuk jangka masa panjang pada tahun 2022.

“Menerusi pemeteraian Supply Agreement of Renewable Energy (SARE) pada 31 Mei 2023, ia bakal menawarkan penjimatan pembayaran bil elektrik yang merupakan penyumbang utama perbelanjaan operasi tahunan universiti.

“Bil elektrik UPSI yang melebihi RM12 juta setahun merupakan satu jumlah besar diperuntukkan setiap tahun daripada jumlah perbelanjaan mengurus universiti,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, cadangan pelaksanaan pemasangan sistem solar photovoltaics di UPSI oleh UPSI Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Synergy Generated Sdn. Bhd. itu juga merupakan inisiatif menangani perubahan iklim dunia.

“Pemilihan syarikat yang tepat dengan menawarkan faedah terbaik iaitu pembinaan dewan terbuka sepanjang 140 meter dan parking berbumbung serbaguna dengan panel solar di atasnya.

“Malah, projek pembinaan solar pertama di UPSI ini boleh dikomersialkan oleh pihak UPSI Holdings ke seluruh universiti awam (UA).

“Pemasangan sistem solar di beberapa kawasan yang merangkumi pelbagai kawasan parkir seperti kompleks sukan, tapak pesta konvokesyen, bangunan fakulti dan masjid ini dapat memenuhi hasrat penjimatan tenaga,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Md. Amin berkata, projek solar fasa pertama berkapasiti 3.24MWp di bangunan sekitar Kampus Sultan Azlan Shah itu mampu menjimatkan RM1.5 juta setahun selain pengurangan pelepasan gas karbon sebanyak 56,000 tan sepanjang tempoh konsesi selama 20 tahun.

“Pelaksanaan sistem solar ini UPSI dapat menjimatkan kos sewaan khemah untuk program rasmi UPSI seperti konvokesyen, hari keluarga, program fakulti dan lain-lain.

“Tidak hanya melihat kepada skop penjimatan semata-mata, pembinaan dewan terbuka dan parking berbumbung ini boleh disewakan kepada pihak luar yang boleh menjana pendapatan sehingga RM200,000 setahun,” katanya.

UPSI juga bakal meneruskan pelaksanaan solar Fasa 2 dengan kapasiti 1,082 kWp pada tahun tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI