fbpx

eMedAsia disenarai pendek dalam Programme Nadma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi dan Pengarah eMedAsia, Dr. Thirunavukarasu Rajoo selepas majlis pemeteraian perjanjian di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Hong Seng Consolidated Berhad (Hong Seng) melalui anak syarikatnya, eMedAsia telah  disenarai pendek dan terpilih dalam Pengurusan Kuarantin Sekuriti dan Keselamatan Kebangsaan bagi Pengambilan Pekerja Asing (Programme) Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

eMedAsia yang dimiliki 52 peratus kepentingan di bawah sayap penjagaan kesihatan Kumpulan iaitu HS Bio Group itu turut menandatangani perjanjian dengan panel hotel yang telah bersetuju secara sukarela untuk membantu menjadi pusat kuarantin bagi tujuan berkenaan.

Pengarah Eksekutif Hong Seng,  Christopher Chan berkata, melalui penglibatan dalam Programme tersebut, eMedAsia akan menyediakan perkhidmatan dari hujung ke hujung untuk saringan Covid-19 kepada  pekerja asing yang mula memasuki negara.

Menurutnya, ia melibatkan peringkat pra saringan yang melibatkan pengurusan data dan integrasi dengan sistem eCovid oleh kerajaan, peringkat saingan membabitkan pengenalan dan pengesahan individu terhadap saringan ujian Covid, menguruskan ujian antibodi meneutralkan apabila diperlukan, ,logistik sampel bio serta pengurusan aset dengan cara yang lebih berhemah.

“Kami rasa amat berbangga kerana Hong Seng dapat bekerjasama dengan Nadma untuk tujuan penting dalam proses membawa pekerja asing ke Malaysia dalam keadaan yang teratur dan selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pemeteraian perjanjian antara Faz Group Sdn. Bhd. dengan Cahaya Pengurusan Cekap Sdn. Bhd. di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi Cahaya Pengurusan, Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin; Pengarah Faz Group Sdn. Bhd. Mohamad Fardzli Idrus.

Chan menerangkan,  untuk tujuan itu juga, eMedAsia akan bekerjasama dengan rakannya iaitu Koperasi Persatuan Perubatan Malaysia (KOOP MIMA) yang mana ia kini memiliki 3,000 klinik dan 14,000 di seluruh negara. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI