fbpx

Alami masalah kesihatan, Eric balik LA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIC

AWAL bulan ini, agensi IST Entertainment mengumumkan penyanyi Eric akan mengambil masa untuk berehat seketika susulan masalah kesihatan dialaminya.

Berikutan itu, Eric dilaporkan memutuskan pulang ke tempat dia dibesarkan di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat pada Ahad lalu dengan menaiki penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Menurut media tempatan, penyanyi kumpulan The Boyz itu dikatakan pulang ke LA untuk berehat dan menjalani proses pemulihan bagi penyakit dialaminya.

Pada 4 Mac lalu, Eric dilaporkan terpaksa berehat seketika daripada terlibat dengan aktiviti bersama The Boyz selepas mengadu mengalami kesukaran melunaskan kerja berikutan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

Selepas berbincang panjang bersama ahli The Boyz yang lain, Eric memutuskan untuk fokus terhadap diri sendiri dengan melakukan rawatan.

Kini, The Boyz meneruskan aktiviti mereka dengan baki 10 orang anggota yang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI