fbpx

63 syarikat seleweng RM1 bilion subsidi minyak masak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nizom (tengah) bercakap pada sidang akhbar Operasi Bersepadu Subsidi Minyak Masak (OP SAJI) Bil. 1/2022 di Menara Hasil Cyberjaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Isu kekurangan ketara bekalan minyak masak bersubsidi dalam paket yang sering dilaporkan media akhirnya berjaya dibongkarkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Malah lebih mengejutkan sejumlah 63 syarikat dikenal pasti di seluruh negara menyeleweng bantuan subsidi kerajaan itu untuk tiga tahun dengan nilai dianggarkan mencecah RM1 bilion.

Ia didedahkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nizam Sairi pada sidang akhbar khas pengumuman Operasi Bersepadu Subsidi Minyak Masak di ibu pejabat LHDN di sini hari ini.

“Berdasarkan analisis awal, kita mendapati ada wujud elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat itu yang perlu ditangani segera agar ketirisan hasil kerajaan dapat dibendung,” katanya.

Isunya bermula apabila kerajaan melalui pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna melancarkan Skim Penstabilan Harga Minyak Masak pada 1 Jun 2007 lalu.

Inisiatif itu bagi membantu isi rumah berpendapatan B40 mendapat bekalan minyak masak di pasaran tempatan yang stabil pada harga dikawal tetap menerusi peket seberat satu kilogram.

Kementerian itu memperuntukkan subsidi RM400 juta sehingga RM600 juta pada setiap tahun kepada 25 pengilang dan 296 syarikat pembungkus dengan pengeluaran 60,000 tan sebulan.

Bagaimanapun, produk bersubsidi itu kerap dilaporkan tiada atau kurang di peringkat runcit selain laris mendapat permintaan tinggi di pasaran gelap dan diseludup keluar ke negara jiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI