fbpx
WANITA yang berpelajaran tinggi juga terjebak kepada kegiatan lesbian sejak di bangku sekolah. – GAMBAR HIASAN

Jumpa video lucah isteri dalam coli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Di sebalik perwatakan lembut dan bertudung labuh, tiada siapa me­nyangka ada segelintir golongan agamawan wanita yang sudah berkahwin rupanya mempunyai nafsu songsang atau lebih dikenali dengan gelaran lesbian.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut tidak pernah dibongkar kerana bimbang dengan maklum balas dan penerimaan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu agama.

Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh berkata, mereka ini sebenarnya mempunyai perwatakan baik, menutup aurat dan tahu soal ilmu agama.

“Apa yang memeranjatkan, mereka ini dahulunya menuntut di sekolah aliran agama dan mempunyai ilmu yang sangat tinggi termasuk bab fekah, ilmu tasawuf dan lain-lain.

“Malah ada kalangan mereka yang bergelar pendidik dan mengajar agama di sekolah,” ujarnya kepada Kosmo! semalam.

Berita Berkaitan: Suami gay penyumbang kes cerai

Baru-baru ini katanya, seorang ustaz berusia 28 tahun telah datang bertemunya untuk menjalani sesi kaunseling dan mendakwa tidak pernah menyentuh isteri walaupun telah berkahwin selama enam bulan.

“Sambil menangis, lelaki itu mendedahkan, isterinya enggan membenarkan untuk me­nyentuhnya, apa lagi melakukan hubungan seks dengan alasan ada masalah sakit puan.

“Bahkan, mereka juga tinggal secara berasingan kerana tuntutan kerja. Si isteri tinggal bersama ibu bapa di Shah Alam kerana memberi alasan dekat dengan tempatnya mengajar.

“Bagaimanapun, ustaz tersebut mulai pelik apabila setiap Sabtu, isterinya akan meminta izin untuk tidur di rumah rakan wanita di sebuah kondominium kononnya mahu melepaskan tekanan kerja,” ujarnya.

HUSHIM

Jelas beliau, pada awalnya ustaz tersebut tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia terjumpa pendrive yang mengan­dungi gambar dan video lucah isterinya bersama seorang wanita.Pendrive itu disembunyikan di dalam coli.

“Isteri lelaki itu akhirnya me­ngaku ada mempunyai hubungan songsang dengan seorang wanita yang juga merupakan seorang ustazah dan sudah berkahwin.

“Si isteri mengaku mengenali pasangan lesbiannya sejak mereka sama-sama menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Selangor ketika usia belasan tahun.

“Ketika melanjutkan pelajaran di Mesir, wanita itu telah mengenali ustaz berkenaan dan mereka bercinta sehingga berkahwin. Pada masa sama, wanita itu juga masih berhubungan dengan pasangannya,” katanya.

Ujarnya lagi, perbuatan itu turut memberi kesan keluarga isterinya sehingga bapa wanita itu pengsan sebaik melihat video lucah anaknya.

“Ustaz yang mengalami trauma teruk itu akhirnya membuat keputusan untuk berpisah secara baik dengan isterinya. Bahkan, pasangan wanita itu juga dikatakan turut diceraikan suaminya selepas semua terbongkar,” katanya.

ISTERI yang terjebak dalam kegiatan lesbian masih boleh dirawat bergantung kepada kekuatan mental mereka.

Dalam pada itu, Hushim menjelaskan, perceraian yang berpunca daripada pasangan lesbian bagaimanapun masih rendah di negara ini kerana kebanyakan wanita lesbian memilih untuk tidak berkahwin.

“Kebanyakan wanita bernafsu songsang ini lebih rela meme­gang status ‘andartu’ hingga akhir hayat bagi menutup sikap sebenar mereka.

“Berdasarkan rekod kaunseling yang dijalankan pada tahun 2020, hanya tiga kes melibatkan pasangan yang mempunyai isteri lesbian yang datang berjumpa dengannya.

“Bagi tahun 2021 pula, hanya lima kes, manakala tahun ini sehingga Mac satu kes sahaja,” ujarnya.

Menurutnya, golongan suami tekad datang menjalani kaunseling kerana mahu menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Hasil daripada sesi kaunseling yang dijalankan, mereka dapat menghidu perbuatan dan nafsu songsang isteri yang sebenar bahkan tak kurang juga isteri membuat pengakuan di depan saya,” ujarnya.

Jelas beliau, segelintir wanita yang bernafsu songsang boleh dirawat, namun bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang wanita itu sendiri.

“Pernah ada kes mereka sembuh selepas berkahwin dan mempunyai anak. Ini salah satu usaha kita bagi membantu golongan lesbian daripada terus bergelumang dengan dosa,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN