fbpx

45,402 terima Pingat Jasa Pahlawan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini, beramah mesra dengan penerima PJPN - FOTO: IHSAN PDRM

SEREMBAN – Pengorbanan dan khidmat bakti seramai 45,402 anggota, bekas dan pesara polis yang berkhidmat pada zaman darurat di seluruh negara mendapat penghargaan apabila mereka diiktiraf sebagai penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN).

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, daripada jumlah itu seramai 12,961 masih berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala 13,530 adalah pesara.

“Penganugerahan PJPN ini diberikan kepala penerima tidak mengira pangkat dengan Deputi Superitendan merupakan kategori tertinggi.

“Jumlah keseluruhan untuk anggota polis yang masih berkhidmat adalah seramai 16,421 manakala pesara polis seramai 38,981 orang dengan 13,530 orang telah menerima pingat ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian PJPN Kontinjen Negeri Sembilan di Klana Resort di sini hari ini.

Menurut Zaini, baki seramai 3,460 polis yang masih berkhidmat dan 15,451 pesara masih belum menerima anugerah disebabkan kekangan penularan Covid-19.

“Empat negeri iaitu kontinjen Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur telah pun selesai mengadakan majlis pemberian pingat.

“Pada 30 Mac ini, negeri Kelantan dan Johor manakala Sarawak sedang mendapatkan tarikh yang bersesuaian,” katanya.

Jelas Zaini, di bawah kontinjen Negeri Sembilan terdapat seramai 193 penerima iaitu 99 daripadanya masih berkhidmat yang terdiri daripada pelbagai pangkat.

“Secara keseluruhan yang menerima pingat PJPN ini terdiri daripada seorang pegawai Asisten Superitendan, Sub Inspektor (6) Sarjan Mejar(15), Sarjan (56) dan Korperal,(21)” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI