fbpx

[VIDEO] Kereta hilang kawalan rempuh dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan rakaman kemalangan tiga buah kereta yang tular di media sosial di MRR2 semalam.

AMPANG – Suasana cemas apabila sebuah kereta dipandu dalam keadaan melulu hilang kawalan sebelum merempuh dua buah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), disini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kereta itu berlaku pada pukul 10.05 pagi semalam.

“Siasatan awal mendapati seorang lelaki memandu kereta jenis Kia Forte telah hilang kawalan semasa mengelak sebuah kenderaan lain sebelum melanggar bahagian belakang kanan kereta jenis Proton Wira dan berpusing merempuh belakang kereta Honda Stepwgn Spada.

“Kemalangan telah menyebabkan kerosakan kepada semua kenderaan terlibat manakala pemandu kereta jenis Kia Forte itu mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, kedua-dua pemandu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selain itu, kita turut mengambil sampel darah pemandu Kia Forte terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan ujian toksikologi.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana individu yang didapati bersalah memandu kenderaan motor di jalan dengan melulu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI