fbpx

Jalan runtuh, penduduk bersama bina jambatan sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK dan sukarelawan di Kampung Esok dan Kampung Orang Asli Tohor, Jelebu bersama-sama berganding bahu membina sebuah jambatan sementara selepas jalan yang menjadi laluan utama keluar masuk penduduk runtuh sepenuhnya baru-baru ini.

JELEBU- Penduduk dan sukarelawan di Kampung Esok dan Kampung Orang Asli Tohor dekat sini berganding bahu membina sebuah jambatan sementara semalam selepas laluan jalan di kampung berkenaan runtuh baru-baru ini sehingga menyukarkan urusan penduduk.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Chennah, Rosmadi Arif, berkata, seramai 20 orang terlibat membina jambatan sementara itu menggunakan kayu terpakai selepas hampir setahun laluan itu runtuh sedikit demi sedikit.

“Selepas terdapat kes kematian di Kampung Orang Asli Tohor semalam, kami bersepakat untuk membina jambatan sementara berkenaan. Laluan itu merupakan jalan utama bagi penduduk keluar dan masuk.

“Pembinaan jambatan sementara ini hanya boleh dilalui oleh motosikal sahaja. Kami juga khuatir sekiranya ada berlaku kecemasan jadi, jambatan ini dibina bagi memudahkan mereka buat sementara ini,” katanya.

Menurutnya, terdapat seramai 104 penduduk di Kampung Orang Asli Tohor manakala Kampung Esok mempunyai seramai 30 orang penduduk.

Rosmadi menjelaskan, pihaknya dimaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membuat laluan sementara tersebut hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI