fbpx

2,248 peserta berentap Siri 1 Festival eSukan Johor 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Siri 1 Festival eSukan Johor 2022 akan berlangsung secara atas talian bermula esok hingga 26 Mac ini. - SPORTS JOHOR

KEHANGATAN Festival eSukan Johor 2022 semakin dirasai menjelang saingan Siri 1 yang berjaya mengumpulkan seramai 2,248 pemain akan berentap merebut hadiah terkumpul berjumlah RM12,000 bermula esok hingga 26 Mac ini.

Kejohanan anjuran Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ) dengan kerjasama sebagai penganjur, Sports Johor Sdn. Bhd. menyaksikan penyertaan meriah daripada pemain-pemain hebat dalam tiga judul permainan video popular.

Tiga permainan video itu adalah FIFA 22 Pro Club yang akan menggunakan konsol PlayStation 4, Mobile Legends dan PlayerUnknowns Battlegrounds (PUBG) Mobile.

Ia membuktikan objektif penganjuran kejohanan itu mula menampakkan hasil untuk mempromosi Johor sebagai hab eSukan di Malaysia bagi tempoh lima tahun selain melahirkan pemain baharu mewakili negara di peringkat antarabangsa.

“Objektif utama mempromosikan eSukan untuk membangunkan platform kompetitif kepada semua atlet eSukan di Johor.

“Festival julung kali ini mempunyai tiga peringkat dan ia akan menjadi acara tahunan terbesar di negeri ini,” kata Pengurus Besar Sports Johor, Mohd. Johari Tarmizi dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sebanyak 256 pasukan telah mendaftar untuk 16 kumpulan bagi permainan PUBG Mobile diikuti 110 pasukan kategori Mobile Legends dan 28 pasukan yang akan bersaing dalam lapan kumpulan di FIFA 22 Pro Club.

Selepas tamat Siri 1 minggu ini, Siri 2 kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul keseluruhan berjumlah RM86,000 akan diadakan 22 Mei depan diikuti Siri 3 (22 Julai) sebelum Grand Final di Arena Larkin pada 22 September.

Juara bagi setiap peringkat akan membawa pulang RM3,000 untuk kategori FIFA 22 Pro Club, RM1,500 (Mobile Legends) dan RM1,500 (PUBG Mobile).

Pemenang Grand Final FIFA 22 Pro Club pula bakal membawa pulang RM10,000, manakala RM8,000 buat Mobile Legends dan RM8,000 untuk permainan PUBG Mobile. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI