fbpx

20 tahun menderita hidup diganggu lalat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi ladang ayam terbuka menyebabkan masalah lalat yang dihadapi 600 penduduk di Batu 2 Kampung Changkat Lobak di Bagan Serai berlarutan sejak 20 tahun lalu.

BAGAN SERAI – Penduduk Batu 2 Kampung Changkat Lobak, di sini mahu kerajaan negeri campur tangan segera bagi menyelesaikan isu lalat yang berpunca daripada ladang ayam.

Dakwa mereka, isu yang berlarutan sejak 20 tahun lalu itu gagal diselesaikan walaupun pelbagai perbincangan telah dilakukan.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Changkat Lobak, Muhammad Ridzuan Zulkifli berkata, kehidupan kira-kira 600 penduduk terganggu disebabkan masalah tersebut.

Katanya, operasi ladang ayam secara terbuka melibatkan beberapa penternak itu dikatakan tidak sesuai dengan keadaan semasa.

“Bayangkan setiap hari penduduk diganggu lalat sehingga nak makan nasi dan tuang kicap keluar lalat dari dalam botol.

“Itu belum lagi penderitaan yang dihadapi oleh pengusaha kedai makan di kawasan ini sehingga pelanggan yang nak da­tang ke kedai terus beredar begitu sahaja,” ujarnya.

Jelasnya lagi, keadaan itu juga menimbulkan pandangan serong daripada pengunjung luar yang datang ke situ, misalnya jika diadakan majlis kenduri perkahwinan.

Rasa marah juga disuarakan penduduk, Zulkifli Mat Yusof ,60, yang mahukan pihak berkuasa menyelesaikan isu itu serta bersimpati dengan masalah rakyat.

“Sampai bila penduduk di sini harus bersabar? Tempoh 20 tahun berdepan isu sama sudah cukup menunjukkan kesabaran kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI