fbpx

Nanostix bantu berhenti merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nanostix turut menawarkan perkhidmatan tempahan secara online bagi memudahkan pelanggan mendapatkan stok.

PETALING JAYA – Bermula dengan hanya tiga starter kit (pek percubaan) pada tahun 2018, kini seorang pengedar rokok elektronik jenama Nanostix , Saifuddin Saad boleh berbangga apabila jualannya telah melebihi RM1 juta sebulan.

Menurut anak jati Kodiang, Kedah ini, pada peringkat awal pengedaran, beliau hanya memberikan starter kit tersebut kepada rakan terdekat untuk mencubanya.

“Ketika itu (penghujung tahun 2018) saya berjaya menjual hanya dua starter kit, satu lagi saya bagi percuma kepada rakan kerana tidak tahu nak jual di mana.

“Kerana saya tiada kedai, saya hanya letak dalam kotak, kemudian bawa jumpa kawan-kawan dan jual kepada yang saya kenal sahaja secara COD (bayar semasa penghantaran),” kata­nya ketika ditemu bual di sini baru-baru ini.

SAIFUDDIN

Tahun 2018, jualannya kurang daripada RM100,000 kerana ketika itu ramai yang masih ragu dengan produk Nanostix.

Bagaimanapun, jualannya sedikit demi sedikit semakin baik pada tahun 2019 kerana jenama Nanostix semakin dikenali di pasaran tempatan.

“Pada penghujung tahun 2019, jenama Nanostix semakin popular seiring dengan pertambahan peminatnya, sehingga stok sedia ada di kedai sentiasa kehabisan.

“Ketika itu saya mula yakin bahawa produk ini memang boleh buat ‘duit’ (jana pendapatan). Semakin hari permintaannya semakin meningkat, mungkin jenama ini sudah mula ‘meletup’ di pasaran.

Jelas Saifuddin, untuk rekod, jualannya pada tahun 2020 telah mencecah kira-kira RM10 juta, manakala untuk tahun 2021 pula jualan meningkat kepada RM13 juta.

“Pada tahun 2019, jualan bulanan syarikat adalah antara RM100,000 hingga RM150,000 tetapi semakin hari semakin laris produk jualan ini.

Jenama yang kukuh telah membolehkan para pengedar mudah menjual produk di pasaran runcit.

“Pada tahun lalu, meskipun negara berhadapan dengan cabaran pandemik, jualan bertambah kepada RM13 juta.

“Jika dikira balik jualan bulanan saya adalah melebihi RM1 juta,” katanya.

Beliau kini memiliki 30 cawangan eksklusif Nanostix yang mana 13 outlet adalah milik beliau sendiri dan bakinya dimiliki stokis.

Sementara itu, bagi seorang lagi pengedar, Faiz Rahman, 39, memberitahu, selain menjana pendapatan lumayan, Nanostix juga telah banyak mengubah kehidupannya sekeluarga melalui motivasi dan bimbingan daripada pengasas syarikat, Shahabudeen Jalil Kamarul.

Faiz sebelum ini pernah gagal dalam perniagaan berasaskan makanan dan minuman (F&B) sejak tahun 2016 sehingga terpaksa berhutang melebihi RM1 juta.

“Dahulu semasa bisnes F&B saya jatuh, ia membuatkan saya rasa hilang segala-galanya, tetapi selepas berjumpa ‘bos’ sekarang (Shahabudeen), saya kembali bangkit berniaga.

“Dia banyak membimbing saya agar kembali bangkit dengan memperkenalkan produk Nanostix pada tahun 2018 sehingga ke peringkat hari ini,” katanya yang kini mempunyai tiga stokis Nanostix serta 66 stokis usaha sama dengan rakan-rakan yang lain.

FAIZ (tengah) kini berjaya mengembangkan empayar perniagaannya dengan membimbing usahawan baharu di bawahnya.

Tambah Faiz, menariknya perniagaan Nanostix adalah kerana ia mempunyai misi dan visi tersendiri serta sentiasa memenuhi kehendak pasaran semasa.

Sebagai contoh katanya, berbanding pesaing lain, Nanostix memudahkan pengguna mendapatkan produknya secara atas talian dan tidak perlu ke kedai atau stokis.

“Ini kerana, Nanostix telah membangunkan aplikasinya sendiri iaitu NanoBRO dan juga melalui tempahan di Foodpanda.

“Melalui kemudahan ini, pengguna yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan produk Nanostix hanya perlu membuat tempahan secara online dan penghantaran terus dilakukan kepada pembeli.

“Ini adalah salah satu kelebihan Nanostix yang dilihat menepati gaya hidup pelanggan serta pasaran sekarang,” ujar anak jati Alor Setar, Kedah ini.

Dalam pada itu, bercerita mengenai kelebihan produk Nanostix, seorang lagi pengedar, Shaiful Shazani memberitahu, Nanostix boleh membantu perokok untuk berhenti atau mengurangkan ketagihan merokok tanpa kesan sampingan.

Selain itu katanya, melalui kajian yang dijalankan di luar negara, penggunaan Nanostix adalah 95 peratus lebih selamat daripada pengambilan rokok.

“Ini kerana, Nanostix tidak mempunyai bahan-bahan kimia berbahaya seperti rokok.

“Melalui pengalaman sendiri, ayah saya seorang perokok tegar dan dia berjaya berhenti merokok selepas menghisap Nanostix.

“Nanostix ada menganjurkan program ‘cabaran tujuh hari berhenti merokok’ yang mana jika perokok tidak berjaya berhenti merokok, syarikat akan mengembalikan semula wang pelanggan 100 peratus,” ujarnya

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI