fbpx

KBS sentiasa pantau prestasi Shereen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal ketika ditemui selepas melancarkan MSL, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa memantau pencapaian atlet olahraga kebangsaan, Shereen Sampson Vallabouy, yang berjaya menjuarai kategori lari 400 meter (m) Kejohananan Divisyen 2 Trek dan Padang Dalam Dewan di Pittsburg, Kansas, Amerika Syarikat, minggu lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sangat berbangga dengan pencapaian anak jati Ipoh itu dan yakin Shereen dapat mencatatkan rekod larian yang lebih baik pada masa akan datang.

“Lebih membanggakan apabila Shereen datang daripada kawasan saya, iaitu Parlimen Tambun.

“Ada pihak yang cakap KBS tidak menguar-uarkan kejayaan dia sedangkan kami sangat gembira apabila dapat tahu dia pecah rekod kebangsaan,” katanya selepas melancarkan program Malaysia Sports League (MSL) di Kompleks Sukan Negara Panasonic Shah Alam, Seksyen 21, di sini hari ini.

Shereen yang juga anak bongsu kepada pasangan bekas atlet olahraga kebangsaan, Samson Vallabouy dan Josephine Mary berjaya mencatatkan masa 53.79 saat (s) dalam kejohanan tersebut.

Rekod tersebut mengatasi catatan masa 54.58s dibuat Noraseela Mohd. Khalid, pada tahun 2006 di Jerman. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI