fbpx

Hakimah dilantik Ketua Pengarah Jakim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hakimah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jakim yang baharu berkuatkuasa 21 Mac ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal melakar sejarahnya yang tersendiri apabila kini diterajui oleh seorang wanita sebagai ketua pengarahnya berkuat kuasa 21 Mac ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Zuki Ali mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Hakimah Mohd. Yusoff sebagai ketua pengarah jabatan tersebut yang baharu selepas berkhidmat selama 30 tahun khususnya di Jakim.

“Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001.

“Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992 dan beliau juga sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zuki, pelantikan itu menjadi sejarah kepada Jakim apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekaligus meningkatkan pembabitan golongan tersebut sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam.

“Semoga dengan pelantikan ini dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI