fbpx
SHUK menafikan isterinya, Sera hadir ke mahkamah baru-baru ini.

Sera ke mahkamah syariah? Ini jawapan Shuk Sahar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Perkongsian sebuah hantaran oleh isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Sera yang dipercayai berkunjung di sebuah mahkamah syariah menarik perhatian netizen.

Menerusi hantaran video dalam Instagramnya, kelihatan Sera atau nama lengkapnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menuruni anak tangga sebuah bangunan dipercayai mahkamah dengan memakai pakaian serba hitam sambil membawa sebuah fail.

Dalam video tersebut, Sera turut menyelitkan kata-kata yang dijadikan latar belakang pada video tersebut yang berbunyi: “Aku hanya kehilangan orang yang tidak mencintaiku, tapi dia kehilangan orang yang mencintainya.”

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikut usahawan itu memberikan kata-kata semangat dan positif dengan memintanya untuk terus kuat mengharungi dugaan hidup.

Malah, tidak kurang juga terdapat segelintir pengikut menyokong tindakan Sera yang akhirnya memilih mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

“Moga Allah SWT permudahkan segala urusan Sera,” kata seorang pengikutnya.

“Sepatutnya daripada dulu. Tapi kerana masih sayang demi anak-anak. Bila bagi peluang masih tidak berubah. Hati wanita, sekali terguris, dalam lukanya,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Awak wanita yang kuat Sera,” komen seorang netizen.

Sementara itu, Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar sewaktu dihubungi Kosmo! Online untuk bertanyakan tentang perkara tersebut menafikan dakwaan bahawa isterinya telah ke mahkamah.

“Tidak adalah,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, Shuk beberapa kali ditangkap berkelakuan curang dengan isterinya namun atas dasar sayang dan masa depan anak-anak, isterinya itu memaafkan segala khilaf yang pernah dilakukannya.

Malah, Sera menerusi InstaStorynya sekitar Oktober tahun lalu mengatakan dia tidak kisah andai masyarakat menganggap dirinya meroyan berkenaan krisis rumah tangganya dan bersyukur diberi kekuatan dan bukti yang makin jelas daripada Allah SWT berdepan perkara tersebut.

Sera meluahkan kekecewaan tersebut menerusi media sosial apabila hidupnya masih dibelenggu masalah kecurangan suaminya yang masih belum berpenghujung. – KOSMO! ONLINE

POPULAR