fbpx
Gambar hiasan

Ramai kembali merokok ketika PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini telah mengakibatkan peningkatan sebanyak 40 peratus perokok yang telah berhenti kembali se­mula kepada tabiat lama itu atas alasan bosan, stres dan saja suka-suka.

Ada antara bekas perokok kembali menyedut asap nakotin walaupun telah berhenti lebih dari lima tahun lalu ialah atas alasan rindu kepada rokok apabila duduk terkurung di dalam rumah.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga dan Pensyarah Kanan di Jabatan Perubatan Keluarga, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Rashidi Mohamed Pakri Mohamed berkata, perokok yang ingin berhenti kembali meningkat selepas tempoh PKP tamat baru-baru ini.

Katanya, rekod menunjukkan jumlah individu yang mendaftar untuk program berhenti me­rokok di Klinik Primer Cheras, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) meningkat sebanyak 40 peratus.

Rashidi Mohamed Pakri

“Ada yang kembali merokok ketika tempoh PKP dikuatkuasakan yang dikenali sebagai ‘relaps’ ekoran daripada pelbagai faktor seperti bekerja dari rumah, bosan dan stres.

“Sebahagian perokok yang mendaftar itu merupakan individu yang sebelum ini telah berjaya berhenti dengan melakukan pelbagai tips atau aktiviti untuk mengalihkan perhatian terhadap nikotin,” katanya ketika dihu­­bu­ngi baru-baru ini.

Menurut Dr. Rashidi, ada bekas perokok yang tewas dengan keinginan untuk kembali kepada tabiat itu apabila perhatian yang berjaya dialihkan sebelum ini kembali terarah kepada rokok ketika PKP.

Bagaimanapun, tambahnya, kesan pandemik yang menjejaskan pendapatan dan kesukaran mendapatkan rokok menyebabkan mereka lebih cenderung untuk berhenti sekali lagi.

“Ada yang mencuba sehingga lapan kali baru boleh berhenti kerana prosesnya bukannya mudah. Kami amat mengalu-alukan kedatangan mereka yang ingin berhenti merokok,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan) di Fakulti Perubatan PPUKM, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, merokok boleh mengundang kepada masalah kesihatan dan merugikan.

Sharifa Ezat

“Sepatutnya, jika sudah berhenti merokok mengapa ingin mulakan kembali? Paru-paru yang sudah sihat selepas berhenti merokok akan rosak semula secara perlahan-lahan dan ini sa­ngat merugikan.

“Bekas perokok perlu tanya diri adakah mereka benar-benar sudah bebas daripada ketagihan atau hanya sementara. Jika sudah nekad berhenti, tidak timbul isu mahu kembali sedut nikotin,” katanya.

Menurut Sharifa Ezat, me­rokok atau menghisap peranti elektronik seperti vape sangat merugikan lebih-lebih lagi ketika keadaan ekonomi tidak menentu akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN