fbpx

Pearly-Thinaah bangkit ke suku akhir All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah (kiri) mengesahkan kemaraan ke suku akhir selepas mencatat kemenangan ke atas beregu Jepun sebentar tadi. - BAM

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan cabaran mereka ke suku akhir Kejohanan Badminton Seluruh England (All England).

Kejayaan itu hadir selepas Pearly-Thinaah bangkit menewaskan beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 18-21, 21-19, 21-16 pada pusingan kedua All England di Utilita Arena Birmingham sebentar tadi.

Beregu negara di ranking ke-15 dunia itu selepas ini bakal bertemu pemenang antara Jeong Na-eu-Kim Hye-Jeong dari Korea Selatan atau pasangan Thailand, Supissara Paewsampran-Puttita Supajirakul di suku akhir malam esok.

Sebagai rekod, Pearly-Thinaah memulakan saingan All England dengan kemenangan straight-set 21-8, 21-12 ke atas beregu dari Brazil, Jaqueline Lima-Samia Lima di pusingan pertama semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI