fbpx

Kilang haram punca bau busuk diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kilang haram kitar semula elektronik yang diserbu MPKS.

KUALA SELANGOR – Bau busuk pada waktu malam dialami lebih 1,500 penduduk Kampung Holmwood, Bestari Jaya di sini sejak tiga minggu lalu akhirnya terbongkar apabila berpunca daripada aktiviti haram sebuah kilang memproses kitar semula elektronik.

Pembongkaran itu hasil serbuan dilakukan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pukul 10.30 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislahhudin berkata, berdasarkan siasatan mendapati kilang tersebut telah beroperasi tanpa lesen selama tiga minggu di kawasan tersorok dengan lokasi tersebut berpagar.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan dron bagi mengesan kedudukan kilang tersebut yang tersorok selain berpagar selepas menerima aduan penduduk berhubung gangguan bau.

“Kilang itu didapati menjalankan aktiviti kitar semula melibatkan buangan kuprum, elektronik dan kabel elektronik.

“Selain itu, operasi kilang itu juga menggunakan generator sebagai sumber tenaga utama mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, dalam operasi selama dua jam sehingga 12.30 tengahari bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan polis itu turut menyita dua generator dan tiga unit forklift.

Tambah Mohamad Lutfi, pihak JAS turut mengambil empat sampel bahan yang terdapat di kilang tersebut untuk ujian makmal.

“Kilang tersebut telah diarahkan ditutup dan kes disiasat mengikut Undang-undang kecil pelesenan tred perniagaan dan perindustrian (MDKS) 2007.

“Kita memberi amaran kepada mana-mana pengusaha kilang agar mematuhi setiap syarat yang ditetapkan MPKS dan
agensi-agensi kerajaan yang terlibat serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI