fbpx

Kemasukan PATI Myanmar bertambah selepas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Shukor (kanan) menunjukkan gambar tangkapan PATI pada sidang akhbar di Markas Taktikal Lubok Stol, Rantau Panjang hari ini. -Foto oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) menjangkakan pertambahan jumlah kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) Myanmar ke negara ini selepas bencana banjir tidak dijangka hujung bulan lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 8, Superintendan Mat Shukor Yusof berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, kumpulan PATI berkenaan juga sedang berkampung di Thailand dan menunggu masa memasuki negara ini.

Menurutnya, difahamkan sindiket sudah tidak sanggup untuk menyimpan PATI Myanmar terlalu lama dan menunggu masa sesuai untuk memindah masuk kumpulan berkenaan ke negara ini menggunakan pangkalan haram.

“Banjir teruk yang melanda kawasan Rantau Panjang baru-baru ini telah membataskan pergerakan sindiket berkenaan untuk membawa masuk PATI ke negara ini.

“Saya akui pergerakan masuk PATI Myanmar selepas banjir dilihat semakin ramai. Pada 16 Mac lalu, PGA telah menahan 11 lelaki dan dua wanita yang merupakan PATI Myanmar di kawasan semak di Kampung Bakong, Pasir Mas,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di Lubok Stol di sini hari ini.

Mat Shukor memberitahu, seramai 59 PATI Myanmar telah berjaya ditahan termasuk seorang kanak-kanak sejak Batalion 8 PGA melaksanakan tugas Op Wawasan Kelantan bermula 16 Febuari hingga semalam.

Menurutnya, kesemua PATI Myanmar yang dibawa masuk itu akan dihantar ke Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

“Kebanyakan PATI Myanmar ini akan bekerja dalam sektor pekerjaan seperti kontrak, perumahan, ladang dan perniagaan di pasar borong.

“Kebanyakan PATI dibawa masuk ini akan diletakkan di kawasan-kawasan semak sebelum dibawa oleh sindiket ke lokasi-lokasi yang telah diarahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI