fbpx

30,000 Duta Komuniti dilantik menjelang transisi fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30,000 Duta Komuniti akan dilantik berperanan untuk memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi oleh komuniti sepanjang tempoh transisi ke fasa endemik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat lalu telah bersetuju agar pihaknya bekerjasama dengan beberapa kementerian lain bagi mewujudkan program berkenaan.

“Program ini akan dilancarkan di Perlis pada penghujung bulan ini dengan pelantikan kira-kira 30,000 duta yang akan jalankan peranan secara mesra komuniti.

“Perincian program ini akan diberikan dari semasa ke semasa,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Berhubung isu pelanggaran SOP semasa penganjuran Program RIUH EK! di Ayer Hitam, Johor, Annuar berkata, peristiwa itu bukanlah sebahagian daripada agenda program dan ia berlaku selepas beliau beredar sebaik majlis tamat.

Sementara itu, pada awal penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya, Annuar turut memaklumkan penukaran akronim KKMM bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada K-KOMM, manakala menteri berkenan dirujuk sebagai MENKOM.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI