fbpx

MH17: Malaysia sedia sokong tindakan undang-undang terhadap Rusia untuk keadilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MH17

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan teragak-agak menyokong tindakan Australia dan Belanda yang memulakan proses undang-undang terhadap Rusia kerana menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, sokongan tersebut dibuat atas prinsip keadilan serta tidak berkait dengan keadaan krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine pada masa kini.

“Perkara ini dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri pagi tadi dan dimaklumkan Menteri Luar Negeri bahawa kita akan teruskan proses mencari keadilan untuk tragedi yang berlaku kepada MH17.

“Sama ada tindakan undang-undang dibuat di peringkat mahkamah antarabangsa dan sebagainya, kita akan teruskan mencari keadilan.

“Tapi untuk ditarik ke dalam kancah geopolitik Rusia dan Ukraine, kita masih berpegang kepada prinsip kita. Yang mana kita tidak akan tunduk kepada sekatan-sekatan yang unilateral,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI