fbpx

HA:TFELT enggan maafkan ayah sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HA:TFELT

TIDAK semua orang dikurniakan kehidupan bahagia bersama keluarga sendiri dan itulah fasa paling pedih yang sedang dilalui penyanyi HA:TFELT ketika ini.

Ketika muncul dalam program Oh Eun-young’s Golden Counseling, penyanyi itu membuka pekung di dada tentang kisah hidupnya yang perit angkara bapa sendiri.

Bapa bekas penyanyi kumpulan Wonder Girls itu kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan menipu.

“Saya menjalani kehidupan dengan menganggap dia tidak wujud dalam hidup. Ada sesetengah orang kata, saya sepatutnya maafkan dia. Tapi sebenarnya, saya rasa ada sesetengah perkara dalam dunia ini tak layak dimaafkan,” katanya.

HA:TFELT atau nama sebenarnya Yeeun berkata, mereka kemudiannya terputus hubungan sejak orang tuanya bercerai ketika dia berusia enam tahun. Ketika itu, bapanya mempunyai hubungan sulit.

Selepas kembali bertemu sewaktu perkahwinan kakaknya, hubungan anak beranak itu pulih dan HA:TFELT bersedih mendengar kisah hidup bapanya yang penuh kesusahan.

Malangnya, lelaki itu mengkhianati darah daging sendiri apabila menggunakan nama HA:TFELT dan menipu ramai ahli di gereja kendaliannya melibatkan kos penipuan sebanyak 20 bilion won (RM67.9 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI