fbpx

Yuna, Jay didakwa bercinta hanya kerana burger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUNA dan Jay.

PERKONGSIAN santai penyanyi Yuna ketika berkunjung ke restoran popular, Gordon Ramsay Burger baru-baru ini tidak semena-mena menimbulkan isu lain.

Dalam perkongsian Yuna, dia masuk ke restoran tersebut bersama seseorang dan memesan dua set burger beserta minuman.

Bagaimanapun pada hari yang sama, Jay daripada kumpulan Enhypen turut memuat naik perkongsian menunjukkan keberadaannya di restoran sama dan memesan menu burger seperti Yuna.

Disebabkan kebetulan tersebut, netizen mula menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua mereka sedang bercinta dan meluangkan masa bersama-sama pada waktu tersebut.

Sehari selepas perkara tersebut menjadi bualan, Yuna tanpa berlengah tampil menjelaskan kepada netizen bahawa dia berkunjung ke restoran berkenaan bersama rakan lamanya sejak dari zaman sekolah.

Demi mengelakkan spekulasi terus menjadi perbualan, ahli kumpulan ITZY itu turut memuat naik gambar memaparkan rakan perempuannya duduk di kerusi hadapannya.

Penjelasan Yuna sekali gus membuatkan peminat setianya berasa bengang. Netizen ternyata sangat mudah mencetuskan spekulasi memandangkan Jay sendiri hadir datang ke restoran tersebut bersama ayahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI