fbpx

Masalah mental pengguna dadah sintetik perlu dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sutekno (dua kanan) bersama Aminuddin pada Majlis Penyerahan Sistem Mycare semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan, hari ini.

SEREMBAN – Masalah mental yang dihadapi oleh pengguna dadah sintetik perlu diberi perhatian dan pemulihan selain rawatan ketagihan yang boleh membawa maut jika diambil secara berlebihan.

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, terdapat tiga elemen yang perlu dirawat melibatkan pengguna dadah sintetik iaitu masalah ketagihan, kesihatan dan mental.

“Penggunaan dadah sintetik secara berlebihan boleh membawa maut, sekiranya individu itu ketagih ia akan merosakkan mental, cabaran pada kita untuk memulihkan memulihkan tahap mental mereka terlebih dahulu.

“Pengguna dadah sintetik bukan setakat perlu dirawat ketagihannya tetapi masalah kesihatan dan mental yang mana ketiga-tiga sekali perlu dirawat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Penyerahan Sistem Mycare semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut Sutekno, lebih membimbangkan kini terdapat sesetengah pihak boleh memesan dadah sintetik seperti syabu, pil kuda dan eramin 5 melalui platform secara dalam talian tanpa perlu ada ‘port’ atau lokasi untuk menghisap dadah.

“Dadah sintetik ini sama ada dibekalkan oleh individu tertentu secara online atau pembekal itu sendiri yang menjadi penghantar barang untuk barangan terlarang tersebut,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI