fbpx

Koleksi Jols for RCW sasar jualan RM1.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZITA (dua dari kanan) bersama Alia (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran koleksi tudung baharu melalui projek Jols for RCW di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Jols Luxe Fabrics, kilang percetakan tudung dan kain, mengunjurkan jualan sebanyak RM1.3 juta bersamaan 15,000 helai tudung ekoran kerjasama dengan selebriti po­pular, Rozita Che Wan (RCW) atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Pengasas syarikat, Johan Lim berkata, melalui projek koleksi Tudung Jols for RCW tersebut, syarikat telah melancarkan 13 koleksi tudung baharu bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini.

Menurut beliau, setiap koleksi harga bermula daripada RM69 dan RM89 sehelai selain terdapat dua pilihan fabrik yang digunakan ia­itu Adra Satin dan Adel Satin Silk

“Syarikat juga memberikan cenderahati percuma kepada 1,000 pembelian tudung pertama secara online di laman web,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis kerjasama dan pelancaran koleksi terbaharu tudung tersebut di sebuah hotel disini.

Turut hadir pengasas bersama syarikat yang juga seorang pereka tekstil, Alia @ Seri Hadia.

Ini adalah kali pertama syarikat menganjurkan jualan tudung secara runcit di pasaran.

Selain itu, Johan menerangkan, jika permintaan terhadap koleksi tersebut sangat mengga­lakkan, pihaknya bakal melancarkan koleksi terbaharunya iaitu Telekung Printed Eksklusif tidak lama lagi.

“Kami juga sedang mencari ejen-ejen yang berminat untuk menjadi stokis utama bagi koleksi Tudung Jols for RCW selain mencari pengedar yang mahu menambah pendapatan bulanan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI