fbpx

Imam terbabit nahas dalam perjalanan hantar borang nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajat seorang imam menghantar borang nikah ahli kariah masjidnya berakhir dengan nahas merempuh tiang elektrik di kilometer empat, Jalan Tampin-Gemas, di sini, tadi. - NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Hajat seorang imam menghantar borang nikah ahli kariah masjidnya berakhir dengan nahas merempuh tiang elektrik di kilometer empat, Jalan Tampin-Gemas, di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohd Rashidon Shamsuddin, 53, dikejarkan ke Hospital Tampin susulan mengadu sakit di bahagian dada.

Menurut kenalannya, Zulhelmie Abd Kadir, 37, dia terkejut apabila sebaik menghubungi imam Masjid Kariah Sungai Jernih, Gemencheh itu, beliau berada di hospital susulan terbabit kemalangan.

“Saya hubungi sebab kami ada janji nak bertemu, imam pula dalam perjalanan hantar borang nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Tampin bagi pasangan di kampung berkenaan yang berkahwin minggu lalu.

“Saya segera ke lokasi ini kerana imam meminta bantuan bagi mengambil barang-barangnya yang masih terdapat dalam kenderaan tersebut. Mujur imam tak apa-apa, jika tengok keadaan kenderaan ni kita pun risau,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Repah, di sini, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan menyebabkan kereta jenis Proton Wira yang dipandunya telah terlanggar tiang lampu milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada di kanan jalan tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI