fbpx

Gumpalan batu bawah Bumi di Afrika punca letusan gunung berapi super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model 3D gumpalan di bawah permukaan Bumi. - Mingming Li/ASU

CAPE TOWN, Afrika Selatan – Saintis berjaya merungkai misteri dua gumpalan batu besar di bawah permukaan Bumi yang selama ini tidak dapat dijelaskan, lapor akhbar The Sun UK, semalam.

Gumpalan batu di bawah kerak bumi masing-masing bersaiz seperti sebuah benua dan 100 kali lebih tinggi daripada Gunung Everest.

Satu daripadanya terletak di bawah Afrika, manakala satu lagi boleh ditemui di bawah Lautan Pasifik.

Seperti yang disyaki sejak tahun 1980-an, gumpalan di bawah Afrika jauh lebih tinggi.

Malah, ia adalah dua kali ganda ketinggian yang berada di seberang dunia, berukuran kira-kira 997 kilometer lebih tinggi.

Namun apa yang lebih penting, saintis mendapati bahawa gumpalan batu Afrika juga kurang tumpat dan kurang stabil.

Tiada penjelasan spesifik tentang situasi ini tetapi ia boleh menjadi sebab mengapa benua itu mempunyai lebih banyak letusan gunung berapi super sejak ratusan juta tahun berbanding gumpalan sama di Lautan Pasifik.

“Ketidakstabilan ini boleh mempunyai banyak implikasi untuk tektonik permukaan, dan juga gempa bumi dan letusan super gunung berapi,” kata seorang penyelidik dari Universiti Arizona,Qian Yuan.

Bahan-bahan termo-kimia ini secara rasmi dikenali sebagai wilayah halaju ricih rendah yang besar (LLSVP)  dan telah dikaji dengan melihat data daripada gelombang seismik dan menjalankan ratusan simulasi.

Walaupun kini saintis sudah mendapat jawapan bahawa kedua-duanya mempunyai komposisi yang berbeza namun mereka masih belum mengetahui bagaimana ia mempengaruhi mantel yang terdapat di antara teras planet dan kerak bumi.

“Kerja ini mempunyai implikasi luas untuk para saintis yang cuba memahami status masa kini dan evolusi struktur mantel dalam serta sifat perolakan mantel,” kata Yuan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI