fbpx

350 penduduk di Mukim Sedim, Karangan terjejas banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM meninjau keadaan banjir kilat yang melanda Kampung Padang Limau, Kulim malam ini.

KULIM – Kira-kira 350 penduduk di empat buah kampung di Mukim Sedim dan Karangan terjejas akibat banjir kilat yang melanda kawasan tersebut kira-kira pukul 7 malam ini.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Baru Sedim dalam Mukim Sedim serta Kampung Padang Limau, Kampung Seberang Jaya dan Kampung Banggol Penyengat dalam Mukim Karangan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Faizol Ab. Aziz memberitahu, kawasan tersebut dinaiki air selepas hujan lebat berterusan selama lebih tiga jam sejak pukul 4.30 petang tadi.

Katanya, pihaknya sedang melakukan persiapan untuk membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Tebuan bagi menempatkan mangsa banjir dari Kampung Baru Sedim.

“Setakat ini, sebanyak 12 buah rumah di Kampung Baru Sedim dinaiki air dan kita masih mendapatkan jumlah sebenar mangsa yang akan berpindah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, bagi Mukim Karangan pula, sebanyak 61 buah rumah terjejas banjir, bagaimanapun tiada PPS dibuka di situ. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI