fbpx

Pegawai APM, pemilik akaun Facebook beri keterangan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

AMPANG JAYA – Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pemilik akaun Facebook akan dipanggil esok untuk dirakam keterangan berhubung video tular di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua individu itu dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

“Pegawai APM itu dipanggil susulan ingkar arahan yang diberikan Komander Operasi Bencana dan telah masuk ke lokasi bencana yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran.

“Sementara itu, pemilik akaun Facebook pula dirakam keterangan kerana memuat naik video Komander Operasi Bencana memberi arahan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis telah membuka kertas siasatan berhubung penularan video terbabit di media sosial.

Kes disiasat di bawah Seksyen 188, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI