fbpx

Dua ahli akrobat jatuh dari ketinggian 9 meter ketika beraksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENONTON di Circus of Horrors terkejut apabila dua ahli akrobat terjatuh ke atas lantai pada ketinggian 9.14 meter dari udara. - Stoke Sentinel/BPM Media

LONDON – Dua ahli akrobat yang sedang membuat pertunjukan di sebuah sarkas terkemuka di Britain terjatuh dari riben yang tergantung, sekali gus mengejutkan penonton persembahan itu, lapor akhbar Daily Star semalam. 

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Victoria Hall, bandar Stoke-on-Trent pada petang Jumaat minggu lalu. Dua ahli akrobat wanita sedang membuat persembahan di udara menggunakan riben sebelum dilaporkan terjatuh secara mengejut ke atas tanah dari ketinggian 9.14 meter. 

Kemalangan itu difahamkan berlaku 10 minit selepas penonton kembali ke tempat duduk mereka selepas sesi sambungan bahagian kedua. Persembahan kemudian dihentikan dan skrin dengan segera memfokuskan kedua-dua penghibur itu.

Penganjur acara, Circus of Horrors telah mengeluarkan notis di laman Facebook yang menyatakan bahawa dua wanita berkenaan kini dalam keadaan yang baik selain menggesa orang ramai agar memberikan mereka sedikit privasi.

Beberapa penonton yang hadir turut memuat naik komen mengenai kejadian yang berlaku.

“Ia sangat menyedihkan untuk menyaksikan kejadian itu. Saya berdoa agar gadis-gadis itu baik-baik sahaja. Pertunjukan sangat hebat sebelum kejadian,’’ tulis seorang penonton.

“Ia adalah persembahan yang menakjubkan! Tetapi sangat mengejutkan untuk melihat apa yang berlaku. Harap kedua-dua gadis itu pulih sepenuhnya,’’ komen penonton lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI