fbpx

‘Tokan’ pil kuda diberkas, kempunan RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dan dadah yang dirampas.

MELAKA – Seorang tokan pil kuda tidak sempat mengaut untung RM50,000 selepas diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam, Rabu lalu.

Suspek anak dua berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, hasil maklumat awam, serbuan dilakukan dan pemeriksaan di premis menjumpai pil kuda 1,670 biji serta dadah jenis syabu 894.54 gram.

“Pasukan JSJN negeri telah menahan seorang lelaki dipercayai tokan pil kuda dan syabu yang aktif mengedar dadah di kawasan Taman Merdeka serta Batu Berendam sejak dua bulan lalu.

“Suspek yang berasal dari Kelantan bekerja di sebuah kilang di sini dan dipercayai membawa masuk bekalan dari negeri Pantai Timur itu untuk mengaut keuntungan mudah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar keluarkan hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, modus operandi suspek adalah mengambil pesanan melalui telefon bimbit dan menghantar bekalan dengan menunggang motosikal.

“Kita menjumpai 101 gram syabu dalam poket seluar suspek dan pil kuda di dalam beg silang dipakainya.

“Kita percaya suspek mengedar dadah ini sendiri kepada klien dan hasil keuntungan bersih jualan kesemua dadah dirampas boleh mencecah RM50,000,” katanya.

Katanya, ujian saringan air kencing suspek bagaimanapun negatif dan kini ditahan selama tujuh hari bagi membantu siasatan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI