fbpx

PRN Johor : PM ucap tahniah kepada BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada parti Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Johor hari ini.

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebooknya tadi turut mengucapkan terima kasih kepada pengundi serta petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan BN.

Ismail Sabri dalam kenyataan di Facebook sebentar tadi.

“Tahniah Barisan Nasional di atas kemenangan dalam #PRNJohor. Terima kasih kepada semua pengundi-pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas-petugas yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Barisan Nasional.

“Masa untuk kestabilan masa depan rakyat Johor!,” katanya di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI