fbpx
MUHAMMAD Jailani Khamis (tengah) tidak ketinggalan untuk melihat kehadiran burung pemangsa di Rumah Api Tanjung Tuan hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Perkhemahan glamor jadi tarikan baharu Tanjung Tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Hutan Simpan Tanjung Tuan bakal diberi nafas baharu sebagai tarikan pelancongan dengan konsep perkhemahan glamor (glamping).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan dan Jabatan Perhilitan bagi merealisasikan perancangan tersebut.

“Produk ekopelancongan ini diharap dapat memberi peluang kepada pencinta alam sekitar untuk ‘glamping’ di sini dan menikmati suasana Hutan Simpan Tanjung Tuan yang dikelilingi Selat Melaka.

“Perbincangan telah diadakah dengan pihak Jabatan Perhutanan perancangan ini tanpa melibatkan sebarang pembinaan struktur atau bangunan kekal.

“Insya Allah, konsep glamping ini akan menjadi tarikan baharu pelancongan di Tanjung Tuan, Melaka ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan acara Minggu Pemerhatian Burung Pemangsa 2022 di Tanjung Tuan di sini.

Yang hadir sama, Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Dr. Ahmad Ismail.

Menurut Muhammad Jaliani lagi, kerajaan negeri Melaka juga berhasrat untuk menaik taraf galeri di Rumah Api Tanjung Tuan bagi menjaga khazanah yang telah disimpan di situ sejak tahun 1917. – KOSMO! ONLINE

POPULAR