fbpx

Penghantar makanan parah, terperosok bawah trak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal ditunggangi Muhammad Faiszudin yang terperosok di bawah trak ATM dalam nahas di Lebuh SPA, Melaka, malam tadi.

MELAKA – Seorang penghantar makanan parah selepas motosikal ditunggangi terperosok di bawah trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang rosak di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), lewat malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa, Muhammad Faiszudin Rasip, 24, yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan dikejarkan ke Zon Merah Hospital Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sebelum kejadian trak ATM tersebut diparkirkan di tepi jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, trak tersebut telah dipasangkan dengan lampu isyarat kecemasan dan dikawal oleh dua anggota ATM.

“Tiba-tiba mangsa dari arah Cheng menghala ke susur keluar jalan Lebuh SPA telah melanggar trak tersebut dari arah belakang.

“Akibat rempuhan itu, mangsa terperosok di bawah trak dan mengalami kecederaan parah,” katanya.

Tambahnya, dua anggota ATM terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu, siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI