fbpx
KEADAAN kereta Nissan Almera yang terlibat kemalangan di Kilometer 340.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah, hari ini.-IHSAN PDRM

Budak 11 tahun maut tercampak kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang kanak-kanak perempuan maut setelah tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya yang terbabas di Kilometer 340.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, N. Ashvika, 11, cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa bersama ibu dan bapa serta dua adik perempuannya dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor.

Katanya, setiba di tempat kejadian, kereta jenis Nissan Almera dipandu bapa mangsa yang merupakan kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Mangsa yang duduk di belakang tercampak keluar melalui cermin belakang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

“Kemalangan itu dipercayai turut mengakibatkan adik mangsa berusia enam tahun patah tangan dan kaki kiri. Ibu dan bapa serta seorang lagi adik mangsa berusia 10 tahun tidak cedera,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

POPULAR