fbpx

Abramovich diharamkan jual Chelsea, aset dan perniagaan di Britain dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua harta, perniagaan dan hak lawatan Abramovich di Britain telah dibekukan serta merta. - The Times

LONDON – Taikun Rusia, Roman Abramovich telah diharamkan daripada menjual kelab bola sepak Inggeris,  Chelsea selepas berdepan sekatan di Britain kerana menjadi kroni Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Menurut laporan akhbar The Sun UK, semua aset, hak lawatan dan operasi perniagaan milik Abramovich di Britain telah digantung serta-merta.

Chelsea telah diberikan lesen khas oleh kerajaan untuk terus bermain dan peminat yang sudah mempunyai tiket masih boleh menghadiri perlawanan tetapi kelab itu dilarang menjual tiket baharu.

Chelsea juga dilarang menjual sebarang barangan kelab daripada  kedai-kedai rasminya.

Kini, sumber wang tunai kelab bola sepak tersebut yang masih dibenarkan adalah menjual pai dan burger kepada peminat di Stamford Bridge serta hak penyiaran.

Pada minggu lalu, ketika  Abramovic meletakkan kelab itu di pasaran untuk dijual, beliau berikrar untuk meletakkan hasil jualan untuk membantu konflik di Ukraine.

Pusingan baharu sekatan semalam akan menghalang penjualan itu daripada berlaku melainkan jika menteri secara khusus membenarkannya.

Menurut sumber, kerajaan terbuka untuk jualan Chelsea tetapi yang pasti, Abramovich tidak akan mendapat satu sen daripada keuntungannya.

Di bawah syarat lesen yang akan tamat pada 31 Mei akan datang, pemain dan kakitangan masih boleh dibayar tetapi Abramovich dilarang menyalurkan wang ke dalam kelab sekali gus menyebabkan masa depan Chelsea menjadi tidak menentu.

Ini mungkin bermakna pembekuan gaji untuk bintang bola sepak  yang tidak akan diberikan kontrak baharu.

Abramovich adalah antara tujuh kroni Putin yang terus memberi alasan walaupun  Rusia kerana melancarkan perang kejam ke atas Ukraine.

Beliau mempunyai nilai kekayaan bersih £9.4bilion (RM51.58 bilion) dan portfolio hartanah yang luas di Britain, namun tidak boleh dilawati kerana sekatan perjalanan yang dikenakan ke atasnya.

Hartanah itu termasuk rumah agam dan penthouse Kensington Palace Garden yang mewah di Chelsea.

Dia membeli kelab bola sepak Chelsea pada 2003 tetapi sudah tidak menghadiri perlawanan di Stamford Bridge sejak beberapa bulan lepas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI