fbpx
Kematian Tangmo cetus kontroversi pelbagai pihak.

Netizen Malaysia jadi ‘penyiasat’ kes Tangmo Nida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Akhir bulan lalu, kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida selepas terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya mendapat perhatian meluas netizen negara ini.

Penulis secara peribadi tidak mengenali pelakon negara jiran itu kerana tidak pernah menonton filem atau drama mendiang.

Namun, selepas kematian Tangmo, setiap hari di media sosial ada sahaja hantaran mengenai mendiang membuat penulis tertanya-tanya.

Rupa-rupanya netizen Malaysia sudah ‘buat kerja’ tidak berbayar menjadi penyiasat membantu polis Thailand mencari punca kematian Tangmo.

Netizen Malaysia tidak puas hati kematian Tangmo awalnya dianggap satu kemalangan walhal ada bukti televisyen litar tertutup (CCTV) dalam bot sebelum mendiang jatuh menunjukkan seakan-akan ditolak.

Penyiasatan netizen Malaysia turut menunjukkan kawan-kawan Tangmo termasuk pengurusnya iaitu Kratik yang berada dalam bot itu tidak sedih dengan kematian itu.

Lagi membuatkan netizen panas apabila ibu Tangmo pada awalnya tidak memaafkan kawan-kawan Tangmo dan Kratik akhirnya ‘move on’. Sampai begitu netizen kita buat kerja.

Setiap hari di aplikasi TikTok Kosmo! Online penuh dengan FYP (For Your Page) lagu-lagu Thailand.

Penyiasatan netizen yang tidak boleh membaca berita dan sidang akhbar kes Tangmo dalam bahasa Thailand telah dibantu oleh seorang penterjemah dikenali Suraya Aqila yang pandai bercakap Siam dengan membuat live setiap hari.

Wanita itu menerangkan melalui live itu apa yang dilaporkan media Thailand daripada tidak kenal siapa Kratik, siapa VVIP yang ingin membeli Tangmo dan insurans dibeli mendiang bernilai jutaan ringgit, kita jadi tahu semua.

Aplikasi media sosial penterjemah itu telah disekat tetapi itu tidak menghalang Suraya Aqila terus melaporkan kes berkenaan.

Penyiasatan dan hantaran tanpa henti mengenai ketidakadilan kes Tangmo didakwa menyebabkan penyiasatan polis Thailand dibuka semula.

Seorang peguam terkenal negara itu turut didakwa mahu membela kematian mendiang.

Hebat betul netizen Malaysia. Boleh jadi macam ejen CIA, Mossad dan FBI tidak berbayar.

Apa lah sangat kan, dahulu Twitter pro Israel pernah dikecam isu koyak dan ‘koyak to you too’. Sehingga ada Facebook pro Israel ditutup. Hebat bawang Malaysia.

POPULAR