fbpx

Spurs pamer aksi taraf lima bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE meraikan jaringan ketika membantu Spurs membelasah Everton 5-0 pada aksi EPL di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte menyifatkan pemainnya berjaya mepamerkan aksi bertaraf lima bintang ketika membelasah Everton 5-0 di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Kejayaan itu turut dibantu oleh prestasi luar biasa Harry Kane yang meledak dua gol, malah barisan pertahanan Spurs turut menarik perhatian Conte selepas dilihat kebal hingga menafikan usaha Everton mencipta percubaan.

“Ini adalah kemenangan cukup penting dan pemain juga pamerkan persembahan sa­ngat baik. Kami begitu cemerlang dalam banyak aspek, menjaringkan lima gol dan mencipta ba­nyak peluang.

“Pada masa sama, saya dapat lihat banyak perkara positif. Apa yang pasti, apabila kami memiliki tempoh lama untuk membuat persiapan, ia akan memberikan kesukaran kepada pasukan lawan untuk berdepan dengan kami.

Tiga lagi jaringan Tottenham dihasilkan Son Heung-Min, Sergio Reguilon dan satu gol sendiri, Michael Keane.

Di sebalik kejayaan luar biasa kali ini, Conte juga tetap waspada dan mengingatkan para pemainnya supaya tidak terus dilamun mimpi indah memandangkan masih banyak kerja perlu dilakukan dalam baki saingan musim ini

“Sekarang saya mula lihat banyak perkara yang perlu kami lakukan sepanjang minggu. Kami boleh meraikan kejayaan ini kerana pasukan ini memang berhak,” kata Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI