fbpx

Sabah kutip tiga mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sabah meraikan kemenangan mereka ke atas PJ City di Stadium Likas sebentar tadi. - TWITTER MFL

SABAH FC berjaya merakam kemenangan pertama dalam kempen Liga Super musim ini selepas menewaskan Petaling Jaya City (PJ City) FC 3-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Tiga mata berharga itu pastinya kembali mencerikan Ketua Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee selepas menyaksikan skuad bimbingannya tewas mengejut 0-1 kepada Negeri Sembilan pada aksi pertama minggu lalu.

Kali ini, barisan pemain The Rhinos mempamerkan prestasi lebih bertenaga dengan gerakan-gerakan menarik dilancarkan jentera serangan ke arah gawang PJ City.

Ia berjaya menghasilkan gol pertama buat Sabah menerusi tandukan Jackson de Souza yang menyambut baik hantaran daripada sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ke-16.

Baddrol yang menggalas peranan sebagai ketua pasukan, terus memainkan peranan penting apabila mencipta bantuan jaringan kedua dengan kali ini melalui sepakan penjuru yang disambut baik oleh Pessoa Neto pada minit ke-35.

Bagaimanapun, PJ City berjaya bangkit merapatkan jurang dengan menjaringkan gol pertama melalui S. Kumaahran yang dilangsung tidak dikawal barisan pertahanan Sabah pada mint ke-45.

Hasrat skuad bimbingan P. Maniam untuk mencari gol penyamaan di separuh masa kedua tidak kesampaian, sebaliknya Sabah yang berjaya meledak jaringan ketiga dalam aksi itu.

Gol tersebut hadir menerusi rembatan lencong menarik menerusi sepakan percuma yang diambil pemain sayap lincah import dari Indonesia, Saddil Ramdani pada minit ke-48.

Kemenangan itu pastinya melonjakkan semangat para pemain Sabah yang selepas ini akan menanti pasukan dari Liga M3, Respect FC untuk aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Likas pada 12 Mac ini.

PJ City pula yang berjaya menewaskan Melaka United 1-0 minggu lepas, akan melayan kunjungan pasukan Liga Premier, Kelantan FC untuk aksi pusingan pertama Piala FA pada 13 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI